Latest Post

Rabu, 22 Mei 2013

PILIHANRAYA DAN BUKANNYA JALANRAYA PILIHAN PAS..

|0 yang mengomen

Pas akan selamanya berpegang kepada prinsip demokrasi dan tidak sekali-kali membabitkan diri untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara kekerasan dan di luar perundangan semata-mata tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya.

Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib berkata, sudah lama Pas memilih prinsip demokrasi sekali gus menolak kekerasan untuk mencapai kemenangan termasuk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu yang menentukan jatuh bangun sesebuah parti.

Beliau memberitahu, segala undang-undang yang berkaitan perlu dipatuhi dan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan keadaan tidak diingini dan huru-hara, bukan pegangan dan pendirian Pas.

"Memang sudah lama, sejak dulu lagi hingga sekarang Pas pilih demokrasi dan perkara ini kekal menjadi pegangan kita (Pas), mungkin sampai bila-bila.

"Bagi Pas, amalan demokrasi adalah yang sebaik-baiknya, bukan bertindak mengikut emosi sehingga berlaku huru-hara. Dalam Islam juga tak mahu berlaku huru-hara.

"Biarlah semuanya dalam keadaan aman damai untuk kesejahteraan rakyat. Perlu ingat, Pas tak suka buat huru-hara," katanya i.

Harun diminta mengulas niat pembangkang mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas melakukan beberapa siri demonstrasi selain merancang demonstrasi lain pada masa depan.

Kelmarin, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam Facebooknya berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.

Susulan itu, semalam, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz juga menolak usaha kumpulan propembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih oleh rakyat secara sah dengan demonstrasi di jalanan.

Nik Mohd. Abduh turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh sambil mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

Dalam pada itu, Harun selanjutnya berkata, mana-mana pihak tidak wajar mempersoalkan prinsip demokrasi yang dipegang oleh Pas sejak sekian lama dan parti itu akan sentiasa menggalakkan 'jalan damai' demi kesejahteraan rakyat.

Ditanya mengenai tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tetap meneruskan siri perhimpunan itu, Harun walau bagaimanapun berkata: "Itu saya tak tahu, itu soal dia

Indon dirogol Bangla dalam rumah majikan

|0 yang mengomen

Diacu pisau di leher sebelum dirogol pekerja mesin rumput. Begitulah nasib menimpa seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dirogol seorang lelaki yang tugasnya memotong rumput di kawasan rumah majikan mangsa di ibu kota, kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa yang berusia 34 tahun sedang menonton televisyen manakala majikannya keluar dan anak majikan dalam bilik di tingkat atas.


Sumber polis berkata, lelaki warga Bangladesh itu difahamkan berlegar-legar di perumahan itu sejak beberapa hari lalu dan mangsa tidak pernah bercakap atau mengenali lelaki itu.

Katanya, pada hari kejadian, mangsa berada di dalam rumah dan tanpa disedari lelaki terbabit menyelinap melalui pintu kaca belakang tidak berkunci.

Isnin, 20 Mei 2013

ANWAR RAJA FITNAH....

|0 yang mengomen

Macam mana dia (Anwar) tahu kononnya sehingga 95 peratus anggota tentera dan polis nak pergi mengundi dia... tidak masuk akal, adakah dia fikir anggota tentera dan polis tidak ada perasaan langsung dengan pelbagai isu berbangkit?

Dia adalah raja fitnah. Biarlah undang-undang yang menangani segala kerenah Anwar ini. Orang yang banyak memfitnah dan melakukan pembohongan ini, insya-Allah Tuhan akan tunjuk, kata timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Malah menurut beliau lagi,SPR tidak akan berdiam diri tetapi kita mesti membuat perancangan rapi mengikut kedaulatan undang-undang. Pejabat penasihat undang-undang SPR sedang meneliti, mengkaji, mengumpul bukti dan memberi nasihat kepada SPR mengenai langkah terbaik menangani dakyah pembohongan Anwar.

Jadi dari Anwar dok usung teloq dari satu tempat ke satu tempat, lebih baik kemukakan petisyen.
Kalau pun sebelum hari mengudi seluruh rakyat Malaysia mengatakan yang depa sokong hang, tapi masa mengundi belum tentu depa nak pangkah hang bang non hoiii

TAKUT BERTERUSAN "DIBELASAH", WILCA NAK HERET TUNKU AZIZ KE MAHKAMAH

|0 yang mengomen

 Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi amaran kepada bekas Naib Pengerusi parti itu, Tunku Aziz Tunku Ibrahim supaya menghentikan serangan terhadap DAP atau beliau akan diheret ke mahkamah.

"Beliau benar-benar sudah hilang kawalan. Saya telah memerhatikannya dengan teliti.

"Kepimpinan DAP rasa cukup bersalah kerana membuat penilaian yang salah dan memberikan keahlian kepada Tunku Aziz malah melantiknya sebagai Naib Pengerusi.

"Dia bukan sahaja tidak bersyukur tetapi oportunis," katanya pada sidang media di Jalan Gangsa di Green Lane pada Ahad.

Tunku Aziz mengumumkan keluar daripada DAP pada Mei tahun lepas.

Menurut Karpal walaupun Tunku Aziz tidak membuat serangan peribadi terhadapnya, namun tindakan Tunku Aziz menyerang parti itu secara bertubi-tubi dianggap melampaui had.

Ditanya bagaimana Tunku Aziz akan didakwa di mahkamah, Karpal berkata ia bergantung kepada kenyataan-kenyataan bekas pemimpin berkenaan.

"Bawa beliau ke mahkamah adalah perkara terakhir yang kami akan lakukan," katanya.

Sabtu, 18 Mei 2013

BILA GAY PUN JADI PENYANGAK...

|0 yang mengomen

Seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta trauma selepas dikatakan diliwat seorang lelaki tidak dikenali ketika tidur di rumahnya di kondominium Jalan Prima Setapak, Genting Kelang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa dikatakan tidur bersendirian berikutan lapan lagi rakannya tiada di rumah sebelum terjaga akibat terkejut dengan kehadiran suspek yang tiba-tiba mengacukan pisau ke badannya.

Menurut sumber, suspek yang dipercayai berusia lewat 20-an itu kemudian menutup mata mangsa menggunakan sehelai kain bagi mengelak dicam sebelum menanggalkan seluar pelajar berkenaan.

Suspek mengikat tangan pelajar terbabit menggunakan tali seluarnya di katil dan mengugut mangsa supaya diam.

Suspek turut melakukan seks oral sebelum memaksa pelajar itu melakukan perkara sama kepadanya, katanya.

Sumber memberitahu, suspek meliwat mangsa kira-kira sejam dan mengugut akan membunuh seluruh keluarga pelajar itu jika dia membuat laporan polis, sebelum meninggalkan mangsa.

Katanya, mangsa kemudian dapat membuka ikatan sebelum ke balai polis Setapak untuk membuat laporan.
Hasil siasatan mendapati mangsa tidak mengecam suspek kerana masalah rabun jauh dan matanya ditutup sepanjang kejadian.

Mangsa tidak melawan akibat ketakutan. Dia hanya mendapati suspek seorang yang buncit dan dipercayai memakai kondom, katanya.

Difahamkan, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairy Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Sehingga kini masih tiada tangkapan dan siasatan giat dijalankan, katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii secara paksa.

Tungganglah basikal politik anda yang sudah uzur itu ke hujung dunia

|0 yang mengomen

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim memberi nasihat ini kepada pemimpin pakatan rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim:

"Tungganglah basikal politik anda yang sudah uzur itu ke hujung dunia".

Beliau berkata demikian ketika menggesa kerajaan menggunakan sepenuhnya undang-undang bagi menyekat penganjuran perhimpunan haram di seluruh negara untuk membantah kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

Kata Tunku Abdul Aziz perhimpunan haram memberi ancaman besar terhadap keselamatan negara dan ketenteraman awam.

"Pembangkang telah lama berhasrat memulakan 'Malaysia Spring' untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional," katanya.

Bercakap kepada pemberita di sini pada Jumaat, beliau berkata pakatan merancang menimbulkan kekacauan sejak perhimpunan 'Bersih' pada tahun lepas lagi dan kini menukarnya menjadi bantahan di seluruh negara.

Bantahan ini, katanya, dirancang Anwar sebelum tarikh PRU-13 diumumkan pihak berkuasa.

"Semua kegiatan mereka menunjukkan wujudnya konspirasi untuk menggulingkan kerajaan dengan apa jua cara dan segala yang dilakukan Anwar dengan jelas bertujuan untuk mencapai matlamat itu.

"Anwar sepatutnya sudah sedar dan menerima sambutan pengundi terhadap partinya dengan bermaruah, bukan menabur fitnah tentang integriti Suruhanjaya Pilihan Raya dan membuat tuduhan liar serta tidak berasas mengenai berlakunya penyelewengan.

"Masanya sudah tiba untuk anda menunggang basikal politik anda yang sudah usang tu ke hujung dunia dan biarlah kami menjalani kehidupan kami," kata Tunku Abdul Aziz kepada Anwar.

Beliau diiringi bekas setiausaha publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat

Jumaat, 17 Mei 2013

Shah Jazle di cekup JAIS???

|0 yang mengomen

Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini awal Khamis.

Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.

Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam.

"Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya.

Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja.



Sementara itu, menurut sumber-sumber OHBULAN, apartment itu dikatakan milik rakan pelakon itu. 
Kata sumber-sumber itu lagi, ketika serbuan, terdapat satu lagi pasangan namun selepas pemeriksaan 
didapati sudah berkahwin.

Manakala pelakon itu dikatakan ditahan bersama pasangannya berusia 21 tahun di dalam sebuah 
bilik berasingan di apartment itu.

Kami juga difahamkan, tunang pelakon itu dikatakan datang sendiri ke pejabat
Jabatan Agama Islam Selangor bagi menjamin bakal suaminya itu - source Ohbulan

JAIS Sahkan Shah Jaszle DitahanPosted By Sataypanas

SHAH ALAM -  Jabatan Agama Islam  Selangor (JAIS)  mengesahkan pelakon filem  Azura, Mohd. Shahrizal Jaszle Jasmi atau yang  dikenali sebagai Shah Jaszle ditahan oleh pihak berkuasa itu pada awal pagi ini.
Pengarahnya, Datuk Marzuki Hussin berkata,  pelakon tersebut ditahan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS di Apartment Taman Sri  Subang di sini pada pukul 3.30 pagi.
“Penahanan Shah Jaszle berdasarkan Seksyen  29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah negeri Selangor 1995 iaitu lelaki yang didapati berada  bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau  mahramnya dan sebaliknya.
“Jika disabitkan bersalah boleh didenda tidak  melebihi RM3,000  atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau  kedua-duanya,” katanya dalam  kenyataan di sini  hari ini.
Marzuki berkata, penangkapan tersebut dibuat  berdasarkan aduan orang awam kepada Bahagian Penguatkuasaan JAIS semalam - source Sataypanas

Lantak Hangpa Sentiasa Popular

Terkini Online

  • BERLIN - Seorang pegawai bank warga Puerto Rico, Richard Carrion melancarkan usahanya untuk bersaing dalam merebut jawatan Presiden Majlis Olimpik Antaraba...
  • Mungkin hampir semua orang di sini tahu Riahanna seorang penyanyi, yang baru-baru ini diberikan banyak untuk bercakap bagi banyak gambar yang anda telah di...
  • KOTA KINABALU: The number of foreign nationals who married local Muslims in Sabah reached almost 20,000 to date since 2000, the Royal Commission of Inquiry...
  • [image: alt] SUNGAI PETANI 22 Mei - Seorang kakitangan sebuah hotel di sini maut apabila kereta yang dipandunya untuk ke tempat kerja dirempuh treler d...
  • - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) gagal memperoleh perintah penghakiman ingkar terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifu...
  • SEREMBAN: All newly-appointed Negri Sembilan State Executive Councillors (Excos) were today given one month to declare their assets.
  • PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menerima kunjungan hormat Ketua-Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa...
  • KUALA LUMPUR (May 22): The merging of two ministries - Education and Higher Education - must be maintained for a...
  • KUCHING, 22 Mei (Bernama) -- Penduduk Sarawak akan memperoleh manfaat yang lebih besar daripada projek-projek tenaga hidro di negeri ini memandangkan proje...
  • KUALA TERENGGANU: Empat lelaki melarikan sebuah lori yang membawa muatan besi buruk dan surat khabar lama di Felda Cherul, Kemaman pada Isnin lalu.
  • LIKE other children her age, Cheah Pei Fei, nine, just cannot sit still.