Rabu, 29 Februari 2012

Abis tu Mat Sabu nak duk mana

Bukan Islam boleh pegang jawatan tertinggi Pas?
Pas sedia menerima bukan Islam untuk menduduki jawatan tertinggi dalam parti itu, sehingga ke peringkat Timbalan Presiden, jika ada keperluan, kata Anggota Majlis Tertinggi Pas, Dzulkefly Ahmad.

Anggota Parlimen Kuala Selangor itu percaya perkara itu tidak mustahil memandangkan ia boleh menangani perubahan dalam pembaharuan intelektual dan tahan terhadap cabaran semasa.

"Mungkin belum ada keperluan untuk perkara ini sekarang, tetapi kalau sudah diutarakan, kami bersedia berbincang perkara ini dalam Muktamar Pas.


"Bagaimanapun, ini bergantung kepada keperluan parti," katanya pada sidang akhbar selepas mengambil bahagian dalam forum bertajuk Mengapa Undi Melayu Pecah di Kompleks Karangkraf di sini hari ini.

Pada forum itu, perantara Dr. Maszlee Malik, seorang pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), bertanyakan Dzulkefly sama ada PAS bersedia menuruti jejak Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) di Mesir, iaitu sayap politik Muslim Brotherhood, yang melantik intelek Coptic Christian Rafiq Habib sebagai Naib Presidennya.

Pada forum itu juga, bekas Presiden MCA yang juga Anggota Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat berpandangan bahawa kaum lain tidak akan mengambil kesempatan walaupun berlakunya pecahan undi di kalangan Melayu.

"Kita kena lihat perkara ini dari sudut keMalaysiaan di mana bila undi sesebuah masyarakat itu pecah, tidak bermaksud kaum lain akan ambil kesempatan," katanya

0 yang mengomen:

Lantak Hangpa Sentiasa Popular

Terkini Online

  • Kuala Lumpur: Two extraordinary astronomical events will occur next week, with the first being a partial lunar eclipse on Monday and the second, the transi...
  • KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi faktor penting dalam pilihan raya umum 13 berbanding tahun 2008, kata seorang akademik tempatan. “Fakto...
  • KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memperkenalkan pakej baharu, Pakej Insentif Pendaftaran dan Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan SSM ...
  • GEORGE TOWN: The Royal Malaysian Police, with the cooperation of Interpol, is monitoring the movement of a prime suspect who fled to Europe following the r...
  • PETALING JAYA: Jurulatih pasukan bola sepak negara, K Rajagobal, optimis skuad Harimau Malaya mampu mencipta kemenangan pada perlawanan persahabatan menent...
  • SHAH ALAM — Seorang bekas pemandu sebuah syarikat dikenakan hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tu...
  • [image: alt] Kenyataan ini dikeluarkan menerusi Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang tadi.
  • - Polis tidak menolak kemungkinan kemalangan bas yang meragut dua nyawa jemaah tabligh warga Myanmar di Jalan Tun Sardon di sini, Jumaat lepas, berpunca ak...
  • Pantai Nurul Izzah Anwar berkata, rakyat berhak menuntut penjelasan perdana menteri kerana jika benar, wujud kemungkinan bahaya besar kepada negara ini.
  • KUALA LUMPUR (May 31): The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Operations Review Panel on Thursday found that Datuk Seri...
  • KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Seorang pensyarah kanan dalam bidang komunikasi dan media Khamis mencadangkan agar Majlis Akhbar ditubuh melalui Parlimen...
  • AS *The Star*’s regular readers, Lee Chin Tatt and his father used to purchase the newspaper every day from the newsstand.