Isnin, 27 Februari 2012

Hikayat "TELAGA' Pak Amin

PAK Amin ada telaga.  Dari satu dah bertambah dua, cuma telaga yang baru diambil dari orang yang sudah tidak mahukan telaga itu lagi.  Ibarat jandalah, tapi ini cerita telaga.

Satu telaga Pak Amin, tujuh kaki dalam, satu lagi telaga tak berapa dalam, dua kaki saja khabarnya.  Dengan telaga-telaga ini cukuplah untuk bekalan air Pak Amin dan juga ‘membuang air’ oleh Pak Amin juga.

Tapi tak tahu kenapa, 2 telaga yang ada tidak cukup untuk bekalan air dan paling penting  ’membuang air’ Pak Amin.  Puncanya, setelah Pak Amin ternampak telaga baru, tapi telaga itu orang yang punya, belum dilepaskan hak milik lagi.

Pak Amin cukup berminat dengan telaga baru itu.  Bentuknya macam telaga lain juga tapi dalamnya tu, dalamnya tu mungkin lebih sikit dari telaga-telaga yang Pak Amin ada.  Gamaknyalah, sebab Pak Amin nampak dari jauh saja, nak mencuba lihat ke dalam, takut tuan punya telaga marah.

Tapi Pak Amin tidak putus harapan, dia masih pasang impian untuk lihat telaga dalam mana sebelum buat keputusan membelinya atau merampas dari tuannya kalau perlu.  Kebetulan Pak Amin dapat tahu, telaga itu selalu beri masalah pada tuannya, kadang-kadang ada air, kadang-kadang sengaja dikeringkan – protes.

Pak Amin tahu, kalau dia dapat telaga itu, dia akan pastikan airnya penuh sentiasa, itu azam Pak Amin.

Dipendekkan cerita, pada satu hari Pak Amin mendapat peluang.  Tuan punya telaga tidak kelihatan dimana-mana, mungkin ada urusan perniagaan atau ’pungut’ buah di dusun.  Pak Amin tidak lengah untuk ambil peluang, pukul 3 pagi adalah masa yang sesuai untuk Pak Amin menjengah telaga baru, walaupun masih milik orang.

Malang untuk Pak Amin, sedang leka mengukur kedalaman telaga, tiba-tiba tuan punya telaga datang bawak kawan-kawan.  Tidak cukup dengan kawan, ada juga pihak jabatan kerajaan sebab kata tuan telaga, Pak Amin ceroboh telaganya, seterusnya langgar undang-undang.

Pak Amin pulak tak sempat nak capai yang lain melainkan tuala, itu pun ambil masa setengah jam untuk Pak Amin keluar dari telaga,

Terkebil-kebil Pak Amin bila ditangkap sedang mengukur dalam telaga orang punya.  Mana Pak Amin nak letak muka, orang sudah nampak Pak Amin bukan macam orang Melayu tapi orang Arab sebab dia tidak bahasa dirinya SAYA tapi ANA, KAMU tapi ENTE.  Kejadian macam ini sudah tentukan malukan dirinya seolah-olah kebulur telaga, dah ada 2 pun masih nakkan orang punya.

Satu kampung mengutuk Pak Amin kerana ceroboh telaga orang.  Pak Amin, Pak Amin.  Tapi Pak Amin masih tenang, dia cakap, tak apa ceroboh telaga orang, bukan ceroboh telaga jantan macam Pak Penghulu buat.

Pulak dah!!!!!!!!

p/s cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia
SUMBER

0 yang mengomen:

Lantak Hangpa Sentiasa Popular

Terkini Online

  • Kuala Lumpur: Two extraordinary astronomical events will occur next week, with the first being a partial lunar eclipse on Monday and the second, the transi...
  • KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi faktor penting dalam pilihan raya umum 13 berbanding tahun 2008, kata seorang akademik tempatan. “Fakto...
  • KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memperkenalkan pakej baharu, Pakej Insentif Pendaftaran dan Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan SSM ...
  • GEORGE TOWN: The Royal Malaysian Police, with the cooperation of Interpol, is monitoring the movement of a prime suspect who fled to Europe following the r...
  • PETALING JAYA: Jurulatih pasukan bola sepak negara, K Rajagobal, optimis skuad Harimau Malaya mampu mencipta kemenangan pada perlawanan persahabatan menent...
  • SHAH ALAM — Seorang bekas pemandu sebuah syarikat dikenakan hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tu...
  • [image: alt] Kenyataan ini dikeluarkan menerusi Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang tadi.
  • - Polis tidak menolak kemungkinan kemalangan bas yang meragut dua nyawa jemaah tabligh warga Myanmar di Jalan Tun Sardon di sini, Jumaat lepas, berpunca ak...
  • Pantai Nurul Izzah Anwar berkata, rakyat berhak menuntut penjelasan perdana menteri kerana jika benar, wujud kemungkinan bahaya besar kepada negara ini.
  • KUALA LUMPUR (May 31): The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Operations Review Panel on Thursday found that Datuk Seri...
  • KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Seorang pensyarah kanan dalam bidang komunikasi dan media Khamis mencadangkan agar Majlis Akhbar ditubuh melalui Parlimen...
  • AS *The Star*’s regular readers, Lee Chin Tatt and his father used to purchase the newspaper every day from the newsstand.