Jumaat, 24 Februari 2012

Jalur Tiga...HALAL

Logo Jalur Tiga (Jati) yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini kerana dikaitkan dengan lambang syaitan, sebenarnya tidak haram.

Pihak tertentu cuba mainkan isu logo itu dan menyatakan ia menyerupai logo Lucius.

Timbalan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Aidit Ghazali menegaskan terpulang kepada tafsiran masing-masing untuk menilai logo Jati sama ada mencari kelemahan atau kebaikan.

Menurutnya, sekiranya ia dilihat dengan kebaikan, maka kebaikanlah yang terdapat kepada logo itu.

“Apabila kita melihat daripada kaca mata Islam, menolak atau menerima sesuatu, asasnya adalah mencari nas yang jelas dalam al-Quran dan Sunah.

“Tiada nas menyatakan logo Jati itu mempunyai simbol haram atau mendekati haram,” katanya.

Tegasnya, dalam blog http://artbackwash.blogspot.com/2008/05/satans-logo.html, kita dapati dia merupakan seorang ahli seni kreatif.

“Dia membuat pengakuan logo Lucius adalah rekaannya sendiri yang mempunyai persamaan dengan simbol Jati. Dia tidak menyatakan ia menyerupai mana- mana syaitan.

“Tidak ada mana- mana persatuan syaitan menyatakan logo itu sama dengan logo Jati,” katanya.

Aidit berkata, pelbagai tafsiran yang diterima mengenai logo Jati. Ada yang menyatakan seperti bunga, pembentukan nebula dan kaitkannya dengan surah Ar Rahman serta memberikan kritikan kepada logo itu.
Tegasnya, Jati tidak ada apa- apa niat dan agenda yang menyerupai logo Lucius yang melambangkan 666.

“Masa kita mencari logo, kita minta cadangan daripada banyak pihak. Konsep simbol yang membawa kepada tiga perkara perjuangan Jati iaitu Islam, Melayu dan Raja digambarkan melalui Tiga jalur. Pelbagai cadangan dibuat, kita pilih simbol yang digunakan kini,” katanya.

Beliau berkata, setiap sesuatu itu awalnya hukum itu harus.

“Jadi kita lihat tidak ada apa-apa simbol Jati yang menyatakan bersabit perkara haram, maka hukumnya harus.

“Jika hendak berdasarkan simbol, maka kita lihat penggunaan simbol dalam konteksnya. Simbol campur (+) kita katakan salib, baru jelas haram. Jika kita lihat simbol itu campur, kita tidak katakannya salib sebab kita tafsirkannya simbol campur,” katanya.

Sebelum ini, banyak pihak memberikan komen berhubung penggunaan logo tersebut antaranya di laman sosial facebook, portal berita dan blog mempersoalkan penggunaan logo itu kerana mempunyai persamaan dengan logo Lucius yang boleh dilihat di http://artbackwash.blogspot.com/2008/05/satans-logo.html.

0 yang mengomen:

Lantak Hangpa Sentiasa Popular

Terkini Online

  • Kuala Lumpur: Two extraordinary astronomical events will occur next week, with the first being a partial lunar eclipse on Monday and the second, the transi...
  • KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi faktor penting dalam pilihan raya umum 13 berbanding tahun 2008, kata seorang akademik tempatan. “Fakto...
  • KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memperkenalkan pakej baharu, Pakej Insentif Pendaftaran dan Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan SSM ...
  • GEORGE TOWN: The Royal Malaysian Police, with the cooperation of Interpol, is monitoring the movement of a prime suspect who fled to Europe following the r...
  • PETALING JAYA: Jurulatih pasukan bola sepak negara, K Rajagobal, optimis skuad Harimau Malaya mampu mencipta kemenangan pada perlawanan persahabatan menent...
  • SHAH ALAM — Seorang bekas pemandu sebuah syarikat dikenakan hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tu...
  • [image: alt] Kenyataan ini dikeluarkan menerusi Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang tadi.
  • - Polis tidak menolak kemungkinan kemalangan bas yang meragut dua nyawa jemaah tabligh warga Myanmar di Jalan Tun Sardon di sini, Jumaat lepas, berpunca ak...
  • Pantai Nurul Izzah Anwar berkata, rakyat berhak menuntut penjelasan perdana menteri kerana jika benar, wujud kemungkinan bahaya besar kepada negara ini.
  • KUALA LUMPUR (May 31): The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Operations Review Panel on Thursday found that Datuk Seri...
  • KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Seorang pensyarah kanan dalam bidang komunikasi dan media Khamis mencadangkan agar Majlis Akhbar ditubuh melalui Parlimen...
  • AS *The Star*’s regular readers, Lee Chin Tatt and his father used to purchase the newspaper every day from the newsstand.