Khamis, 1 Mac 2012

Pas hilang identiti akibat 'parasit'

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali mendakwa Pas sudah hilang hala tuju perjuangan untuk menegakkan negara Islam dan memartabatkan hukum Hudud disebabkan oleh pengaruh kumpulan "parasit" dalam parti itu.

"Pas sudah hilang falsafah agung perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dan memartabatkan hukum Hudud...sudah tidak ada, sudah tutup buku, siapa yang tutup, bukan ulama tetapi parasit inilah yang menutupnya," katanya ketika menyampaikan ceramah di sini malam tadi.  

Hasan yang dipecat daripada Pas, berkata parti itu kini dikuasai oleh golongan "parasit" sehingga menyebabkan pengaruh golongan ulama semakin terhakis.  

"Mereka sudah jatuhkan saya dan sekarang mereka hendak jatuhkan Ustaz Azizan (Abdul Razak) di Kedah, dan mereka akan pergi dari satu tempat ke satu tempat kerana mereka ini ramai," katanya.   

Menurut Hasan, golongan parasit itu terdiri daripada mereka yang belajar di luar negara dan mengamalkan "politik jatuh menjatuhkan" itu sejak di luar negara lagi.   

Beliau berharap anggota dan penyokong Pas sedar terhadap apa yang sedang berlaku dalam parti itu.

0 yang mengomen:

Lantak Hangpa Sentiasa Popular

Terkini Online

  • Kuala Lumpur: Two extraordinary astronomical events will occur next week, with the first being a partial lunar eclipse on Monday and the second, the transi...
  • KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi faktor penting dalam pilihan raya umum 13 berbanding tahun 2008, kata seorang akademik tempatan. “Fakto...
  • KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memperkenalkan pakej baharu, Pakej Insentif Pendaftaran dan Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan SSM ...
  • GEORGE TOWN: The Royal Malaysian Police, with the cooperation of Interpol, is monitoring the movement of a prime suspect who fled to Europe following the r...
  • PETALING JAYA: Jurulatih pasukan bola sepak negara, K Rajagobal, optimis skuad Harimau Malaya mampu mencipta kemenangan pada perlawanan persahabatan menent...
  • SHAH ALAM — Seorang bekas pemandu sebuah syarikat dikenakan hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tu...
  • [image: alt] Kenyataan ini dikeluarkan menerusi Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang tadi.
  • - Polis tidak menolak kemungkinan kemalangan bas yang meragut dua nyawa jemaah tabligh warga Myanmar di Jalan Tun Sardon di sini, Jumaat lepas, berpunca ak...
  • Pantai Nurul Izzah Anwar berkata, rakyat berhak menuntut penjelasan perdana menteri kerana jika benar, wujud kemungkinan bahaya besar kepada negara ini.
  • KUALA LUMPUR (May 31): The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Operations Review Panel on Thursday found that Datuk Seri...
  • KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Seorang pensyarah kanan dalam bidang komunikasi dan media Khamis mencadangkan agar Majlis Akhbar ditubuh melalui Parlimen...
  • AS *The Star*’s regular readers, Lee Chin Tatt and his father used to purchase the newspaper every day from the newsstand.