Selasa, 24 April 2012

DBKL sapu sampah masyarakat kat DATARAN

Seorang pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka bagi menyertai perhimpunan menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditahan oleh pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Selasa. DBKL turut menghalau dan merampas khemah para peserta

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan tegas dengan 'mengusir' aktivis-aktivis yang terus berkhemah - masuk hari ke-11 - di Dataran Merdeka, awal pagi tadi.
 Pemimpin-pemimpin mahasiswa yang menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan aktivis Occupy Dataran menerusi SMS dan Twitter memberitahu bahawa DBKL mengambil tindakan keras sekitar jam 6.15 pagi tadi.

"DBKL datang pukul 6.15 pagi ketika semua 'occupiers' sedang tidur dan merampas semua barang termasuk khemah," kata mesej akaun Twitter occupydataran sebentar tadi.

Satu lagi mesej occupydataran berkata, DBKL memagar kawsan perkhemahan dan menghalau semua mereka yang berkhemah keluar dari kawasan Dataran Merdeka.

Kata mesej akauan itu lagi, DBKL tidak memberi cukup masa untuk kepada mereka untuk mengambil barang-barang peribadi.

"Ada orang yang IC (kad pengenalan) dirampas juga," dakwa satu lagi mesej menggunakan akaun occupydataran.

"Mahasiswa mengoyakkan pita  DBKL yang mengelilingi pagar," kata mesej susulan.

Aktivis yang menuntut pemansuhan PTPTN dan Occupy Dataran berkhemah di Dataran Merdeka sejak 14 April lalu. Bagaimanapun aktivisi mahsiswa memprotes PTPTN berehat sementara sejak petang Jumaat lalu hingga Ahad.

Tindakan pagi ini dilakukan sehari selepas kenyataan media dikeluarkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur semalam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, DBKL sedang menyediakan kertas siasatan beserta bukti dan saksi untuk diperakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya bagi  membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap wakil kumpulan mahasiswa yang didapati melanggar peraturan yang ditetapkan berhubung tindakan berkumpul dan mendirikan khemah di Dataran Merdeka.

Ahmad Fuad berkata, DBKL mempunyai bukti lengkap berhubung salah laku yang dibuat oleh kumpulan berkenaan walaupun sudah diberikan nasihat dan amaran supaya menghentikan tindakan mereka.

Menurutnya, tindakan merampas khemah yang dilaksanakan DBKL semalam dibuat setelah notis kesalahan dan tawaran kompaun atas kesalahan meletakkan barang-barang tanpa kebenaran di tempat awam yang dikeluarkan terhadap mereka tidak diendahkan.

"Pada 21 April 2012, pada jam 5.15 petang, DBKL sekali lagi mengarahkan mereka mengosongkan kawasan bagi memberi laluan kepada ambulans diraja yang diarah bertugas sempena konsert pada malam itu.

"DBKL merampas barang mereka setelah mereka ingkar arah pengosongan dan barang dituntut semula pada 22 April jam 1.15 pagi oleh Mohd Fahmi Reza Mohd Zain yang mana dia telah menandatangani borang akuan tindakan sebelum barangan mereka dikembalikan. Pada masa itu dia juga diberi maklum akan berhadapan dengan tindakan DBKL jika mereka masih berkumpul dan meletakkan barang-barang berkenaan," katanya.

Semalam, seorang aktivis, pelajar kolej swasta, didakwa di mahkamah.

0 yang mengomen:

Lantak Hangpa Sentiasa Popular

Terkini Online

  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek semalam mencabar mana-mana pihak yang mendakwa berlaku kenaikan harga barang...
  • MIRI -- Sarawak Barisan Nasional (BN) has rejected the main reason behind it losses in urban areas in the recent 13th general election due dwindling suppor...
  • LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson memberitahu, bintang Paris St. Germain (PSG), David Beckham merupakan seorang pemain luar biasa.
  • GEORGE TOWN: The state government's Thanksgiving rally drew a large crowd of Pakatan Rakyat supporters at the Esplanade, Padang Kota lama here on Saturday....
  • [image: alt] KUALA LUMPUR 18 Mei - Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia akibat menjadi mangsa penderaan suami. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asi...
  • - Ketua Pemuda Umno bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad yang tidak sedarkan diri sejak tiga hari lalu disahkan meninggal dunia semalam.
  • KUALA LUMPUR: Jalan Pahang menghala ke Setapak di sini hari ini mengalami kesesakan teruk hampir lima jam apabila sebuah lori membawa pasir tidak mengikat ...
  • MARK your calendar this June 16 as the Ipoh International Starwalk is back. The walk, organised for the 10th year, will see Nestle and Total Image as spons...
  • Johor Bahru: Buntu selepas tiada saksi tampil bagi membantu polis menyiasat kes bapanya dibelasah tiga samseng, seorang lelaki menawarkan ganjaran RM5,000 ...
  • SUBANG, 17 Mei (Bernama) -- Syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System (MAS) menyokong penuh inisiatif anak syarikatnya, Maskargo Sdn Bhd, melak...
  • KUCHING (May 17): Newly-appointed Human Resources Minister Datuk Richard Riot Jaem said today his portfolio was going to be very...