Selasa, 24 April 2012

ICE CREAM...Azmin nak jawap kat Dataran Merdeka???

Apa pun jangan jadi macam PC yang digembar-gemburkan tapi tak jadi.
Sumber dari pejabat Ahli Parlimen Gombak, YB Azmin Ali memaklumkan kepada penulis bahawa Timbalan Presiden PKR itu akan tampil membuat penjelasan mengenai kandungan ‘video aiskrim’ yang didakwa oleh Datuk Nallakaruppan melibatkan isteri beliau, Shamsidar Taharin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Himpunan Bersih 3.0 pada Sabtu nanti.

Penjelasan itu dikhabarkan mampu menamatkan terus polemik politik membabitkan keluarga beliau yang timbul lanjutan dari kes saman RM 100 juta yang dikemukakan Anwar ke atas Nalla.


Penulis sambut baik tindakan segera Azmin ini kerana dari apa yang penulis dengar dan lihat, masyarakat begitu memberi perhatian dengan dakwaan terbaru ini.  Reaksi ini memang sudah dijangka memandang masyarakat kita memang gemar dengan berita sensasi melibatkan ahli politik.

Ia bukan sangat tentang ‘aksi’ kelucahan melampau yang didakwa berlaku di dalam video tersebut, tapi yang lebih menarik perhatian rakyat ialah tentang perihal moral pemimpin.

Justeru bila Azmin memilih untuk menjawab sendiri isu ini, Azmin sebenarnya menuju ke arah yang betul kerana memang itulah yang diharapkan penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Cuma penulis harap penjelasan Azmin nanti tidak bercampur aduk dengan kes-kes peribadi keluarga beliau lain yang turut menjadi isu politik.  Biarlah penjelasan itu fokus kepada isu video ini sahaja.

Bukan apa, penulis tidak mahu polemik politik berterusan yang timbul dalam isu membabitkan seorang anak Azmin sebelum ini, berulang semula dalam kes video aiskrim ini lagi.

Dalam kes itu, memang benar Azmin telah menjalankan 2 ujian DNA pada Julai 1998 bagi membuktikan bahawa Nurul Afifah adalah anaknya dengan Shamsidar.  Tetapi ujian itu diragui banyak pihak kerana ia dikatakan tidak mengikut prosedur yang sepatutnya (spesimen diambil dan dihantar sendiri oleh Azmin, bukan pakar bertauliah).

Selain hakikat bahawa ketika spesimen diambil, Azmin masih lagi menjadi Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan  (tuduhan menyalahgunakan kuasa).

Itu yang timbul dakwaan bahawa spesimen itu bukan dari Afifah, sebaliknya dari anak-anak Azmin yang lain!!

Baiklah, penulis rasa kita lupakan tentang soal itu kerana yang kita berhadapan sekarang ialah isu video aiskrim.  Baru sahaja sebentar tadi penulis dimaklumkan bahawa memang isi kandungan sampul tersebut ialah pita video seperti yang didakwa Nalla.

Dengan video tersebut akan sampai terus kepada Mahkamah (bukan blogger UMNO seperti yang terjadi dalam video fitnah yang didedahkan oleh Trio Datuk T), teknik dan strategi berhadapan dengan isu tersebut juga perlulah dibuat dengan berhati-hati juga.SPR

0 yang mengomen:

Lantak Hangpa Sentiasa Popular

Terkini Online

  • SHAH ALAM - Kes bunuh eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9, Nur Syaleza Jaffar akan disebut semula di mahkamah tinggi di sini pada 26 Jun hadapan.
  • - Empat maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta dan sebuah motosikal di Lebuhraya Lingkaran Tengah Kedua (MRR2) dari arah Bukit Antarabangsa menghala ...
  • KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan merombak bahagian penguatkuasaan bagi memastikan kawalan harga barangan ...
  • [image: alt] INDIANAPOLIS 20 Mei - Krisis Penderaan Seksual terhadap banduan di Amerika Syarikat (AS) yang dilakukan oleh pengawal penjara didakwa se...
  • TAWAU, 20 Mei (Bernama) -- Semua lapisan masyarakat perlu menguasai teknologi maklumat (IT) kerana ia diperlukan dalam kehidupan seharian mereka, kata Pemb...
  • BEIJING: A businesswoman in southern China has been sentenced to death in the government’s latest crackdown on underground lending that is widely used by e...
  • GEORGE TOWN: Former Batu Uban assemblyman S. Raveentharan has withdrawn a defamation suit on Monday against a bank executive following the latter's public ...
  • MORE than 800 people woke up at the crack of dawn to join Befrienders Cycle and Walk Event 2013 in a bid to create awareness on suicide prevention.
  • KUALA LUMPUR (May 20): The Unite Nations (UN) has voiced concern about provocations and tensions on the Korean Peninsula following reports...
  • Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Islam tidak benarkan mana-mana pihak gulingkan kerajaan secara kekerasan dan mereka bertindak demikian di...
  • Medan: Seorang wanita tidak menyangka perjalanannya ke Jakarta untuk melancong berakhir dengan pengalaman pahit apabila disumbat di penjara atas tuduhan me...