Rabu, 25 April 2012

Kat Perlis...DAP ngan PKR jangan mimpi kata PAS

PAS Perlis menghantar senarai nama bakal calon bagi semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu kepada PAS Pusat sebagai persediaan parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.


Pesuruhjaya PAS negeri Hashim Jasin berkata tindakan mereka menyenaraikan nama di semua kerusi adalah sebagai persiapan "kalau-kalau terjadi sesuatu" dalam soal calon di kalangan parti-parti pembangkang di negeri ini, yang memerlukan pengisian dibuat di kalangan calon-calon PAS.

Bercakap kepada Bernama di sini, Hashim, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sanglang, berkata DAP mungkin sedang berbincang dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pengagihan kerusi dan PAS hanya membuat persiapan yang perlu.

Perlis mempunyai tiga kerusi Parlimen yang semuanya dimenangi Barisan Nasional (BN) dan 15 kerusi DUN dengan dua kerusi dimiliki PAS iaitu Sanglang diwakili Hashim dan Simpang Empat diwakili Rus'sele Eizan, pada pilihan raya umum lalu.

Mengenai calon PAS yang dicadangkan, Hashim berkata calon-calon berkenaan meliputi pelbagai peringkat termasuk golongan ulama, muda dan profesional.

Beliau turut mengesahkan bahawa Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Harun Din turut disenaraikan untuk bertanding namun tidak menyatakan kawasan yang akan ditandingi.

Hashim berkata keadaan kesihatan Harun sekarang membolehkannya bertanding walaupun baru sahaja pulih daripada menjalani satu pembedahan di luar negara.

Mengenai kedudukannya, Hashim yang sudah berusia 72 tahun berkata nama beliau turut dimasukkan dan dihantar kepada PAS Pusat serta terserah kepada pucuk pimpinan parti menentukannya.

0 yang mengomen:

Lantak Hangpa Sentiasa Popular

Terkini Online

  • Seorang perwakilan wanita PKR mempersoalkan tindakan parti itu yang didakwanya meletak calon wanita di kerusi yang tidak popular dalam pilihan raya umum ...
  • GUATEMALA CITY: The lawyer for ex-Guatemalan President Alfonso Portillo says he is being extradited to the United States to face money-laundering and embez...
  • MALACCA: Thousands of people thronged a Pakatan Rakyat rally to protest the results of the 13th general election at Kampung Bukit Katil Square here on Frid...
  • [image: alt] KABUL 24 Mei - Sekumpulan tentera di bawah pentadbiran Amerika Syarikat (AS) dipercayai melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pelajar kol...
  • KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan sindiket yang menjadikan usahawan dari negara China sebagai tahanan sebelum mengugut mereka membayar wang tebusan,...
  • KUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan sindiket yang menjadikan usahawan dari negara China sebagai tahanan sebelum mengugut mereka membayar wang tebusan, ...
  • - Polis berjaya menumpaskan sindiket yang menjadikan usahawan dari negara China sebagai tahanan sebelum mengugut mereka membayar wang tebusan, selepas tert...
  • KUALA LUMPUR: Kapasiti bekalan air terawat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka tidak mencukupi mulai Julai 2014, kata Ketua Pegawai Operasi Sy...
  • KEDAH Malays football team drew 3-3 with Tumpat FA in a second round FAM Cup soccer league match played at the mini stadium in Jitra, Kedah, recently.
  • KUALA LUMPUR (May 23): The first meeting of the first session of the 13th Parliament is scheduled for 16 days...
  • PUTRAJAYA, 23 Mei (Bernama) - Nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula dengan siri nombor baharu iaitu W (nombor 1 s...