Rabu, 25 April 2012

Kenduri Rakyat 1Malaysia..ADUN PKR meroyan tak dijemput??


Kalau depa kata DBKL dipergunakan, kat Penang depa nak gunakan MPPP tak pa??
Ridzuan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kenduri Rakyat 1Malaysia itu berkata kedua-dua wakil rakyat pakatan pembangkang itu telah datang memarahi pekerja yang sedang menyusun kerusi meja.


Bagaimanapun keadaan kemudiannya menjadi reda apabila kedua-dua wakil rakyat berkenaan beredar dan berkata bahawa MPPP tidak boleh dipersalahkan jika meroboh khemah itu kerana ianya dipasang tanpa kebenaran majlis itu.



Umno Bahagian Bayan Baru hari ini mendakwa telah mendapat permit polis bagi memasang khemah untuk program kenduri rakyat 1Malaysia di Persiaran Mahsuri, Bayan Baru di sini esok sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Ketua Penerangan Umno Bahagian Bayan Baru, Datuk Ridzuan Bakar berkata, sehubungan itu tidak timbul isu kononnya khemah untuk majlis kenduri itu didirikan tanpa kebenaran dan telah menutup jalan.

"Khemah mula dipasang sejak semalam dan kami tidak menghadapi sebarang masalah daripada penduduk di sini kerana kami telah menyediakan laluan alternatif untuk kemudahan penduduk.

"Sebaliknya mereka (pihak kerajaan negeri) menuduh kita tidak mendapat permit untuk mengadakan majlis berkenaan dan pembinaan khemah itu mengganggu lalu lintas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, berlaku perang mulut di kawasan khemah itu selepas  Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung Abdul Malik Abul Kassim dan Adun Pantai Jerejak Sim Tze Tzin mendakwa tindakan memasang khemah itu adalah salah kerana tidak mendapat kebenaran dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Ridzuan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kenduri Rakyat 1Malaysia itu berkata kedua-dua wakil rakyat pakatan pembangkang itu telah datang memarahi pekerja yang sedang menyusun kerusi meja.

Bagaimanapun keadaan kemudiannya menjadi reda apabila kedua-dua wakil rakyat berkenaan beredar dan berkata bahawa MPPP tidak boleh dipersalahkan jika meroboh khemah itu kerana ianya dipasang tanpa kebenaran majlis itu.

Majlis kenduri rakyat yang dijangka bermula pukul 10 pagi esok itu menyasarkan kehadiran 7,000 pengunjung dengan Timbalan Perdana Menteri dijadual menyampaikan sumbangan Bantuan Rakyat 1Malaysia dan bantuan nelayan kepada penerima yang layak

0 yang mengomen:

Lantak Hangpa Sentiasa Popular

Terkini Online

  • JOHOR BAHRU: Tiga rentung dalam dua kebakaran berasingan di Jalan Durian, Kampung Pasir,di sini malam semalam.
  • KUALA LUMPUR: The 10-member Selangor state exco line-up is expected to be only sworn in the week after Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim returns from tre...
  • TORONTO, Canada: The devastating effect of Alzheimer’s disease on bilingual people has been thrown into focus in Canada, where the sudden loss of a second ...
  • - Kesihatan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semakin baik dan beliau sedang dalam proses mencuci lukanya.
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek semalam mencabar mana-mana pihak yang mendakwa berlaku kenaikan harga barang...
  • Kuala Lumpur: Prosiding Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah (RCI) akan disambung semula selama lapan hari bermula esok.
  • LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson memberitahu, bintang Paris St. Germain (PSG), David Beckham merupakan seorang pemain luar biasa.
  • [image: alt] KUALA LUMPUR 18 Mei - Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia akibat menjadi mangsa penderaan suami. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asi...
  • MARK your calendar this June 16 as the Ipoh International Starwalk is back. The walk, organised for the 10th year, will see Nestle and Total Image as spons...
  • SUBANG, 17 Mei (Bernama) -- Syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System (MAS) menyokong penuh inisiatif anak syarikatnya, Maskargo Sdn Bhd, melak...
  • KUCHING (May 17): Newly-appointed Human Resources Minister Datuk Richard Riot Jaem said today his portfolio was going to be very...