Sabtu, 5 Mei 2012

Bob Kuman selamat dikebumikan...

Jenazah pelakon dan pelawak popular Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi, 41, yang meninggal dunia semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sega Hulu, Rantau dekat sini, kira-kira 11.30 pagi Jumaat.

Allahyarham dipercayai menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya Normah Othman di rumah mereka di Pangsapuri Silvia, Kota Damansara, kira-kira pukul 4.40 petang Khamis.

Kesihatan Allahyarham dilaporkan mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama pada 2010.

Kira-kira 200 orang termasuk anggota keluarga, saudara-mara dan rakan artis Allahyarham seperti Saiful Apek, Yassin Senario, penyanyi Hattan, Elly Suriati dan Cat Farish berada di tanah perkuburan itu.

Sementara itu, adik bongsu Allahyarham, Shahrin Nadzmi, 32, berkata jenazah abangnya tiba di rumah ibu mereka di Kampung Sega Tengah pada pukul 11.15 malam Khamis.

Katanya Allahyarham adalah anak sulung daripada tujuh beradik.

Sementara itu, Saiful Apek pula berkata hubungan beliau dengan Allahyarham memang rapat dan beliau terkilan kerana tidak dapat berjumpa Allahyarham di saat akhir sebab sibuk dengan tugas.

"Kali terakhir saya jumpa Allahyarham dua minggu lepas. Walaupun lama tak jumpa tapi kami selalu berhubung dengan telefon.

"Allahyarham ada menyatakan hasrat beliau untuk menerbitkan filem dan kami merancang untuk membuatnya bersama. Allahyarham juga ada berpesan nak membuat sesuatu pada dunia artis," katanya.

Ibu saudara Allahyarham, Maziah Abu Bakar, 56, pula mengambil kesempatan memohon sesiapa saja yang mengenali Bob Kuman agar memaafkan Allahyarham jika ada kesalahan.

"Kita sama-sama berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," katanya.




0 yang mengomen:

Lantak Hangpa Sentiasa Popular

Terkini Online

  • Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan pilihan raya umum ke...
  • PEKAN: Barisan Nasional (BN) perlu berani melakukan lebih banyak pembaharuan dan perubahan supaya menjadi parti politik yang relevan pada masa akan datang.
  • [image: alt] RIYADH 26 Mei - Beberapa laman web rasmi Arab Saudi dilaporkan digodam oleh kumpulan penggodam dengan paparan bendera Alegeria, semalam. ...
  • - Gerakan Kedah menyokong cadangan kerajaan negeri mengekalkan kuota Bumiputera iaitu 30:70 bagi semua projek perumahan.
  • OLYMPIA, Washington: The oversize load on a semi-trailer truck that struck a Washington state bridge was likely too tall for the lowest point of clearance ...
  • ALLOWING an adult rapist to marry his underage victim will have negative physical and psychological impact on the girl, say medical experts.
  • KUALA LUMPUR - Pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David meneruskan prestasi cemerlang untuk memburu kejuaraan kali kelima pada Kejohanan Skuasy Terb...
  • Miri: Kanak-kanak malang yang tertikam gunting di kepala oleh ibunya sendiri dalam kejadian di sini pagi kelmarin perlu ditahan sekurang-kurangnya seminggu...
  • ELEVEN-YEAR-OLD Nur Syaza Roshidi won the Kedah-Yonex Under-12 singles badminton title for her maiden state title at the Kedah BA hall in Jalan Suka Menant...
  • KUALA LUMPUR (May 23): The first meeting of the first session of the 13th Parliament is scheduled for 16 days...
  • PUTRAJAYA, 23 Mei (Bernama) - Nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula dengan siri nombor baharu iaitu W (nombor 1 s...