Khamis, 14 Jun 2012

Padah projek geli-geli dengan awek bawah umur, kan dah kena kes rogol

Baru lapan bulan bercinta, seorang buruh berani mengambil kesempatan merogol teman wanitanya yang ketika itu baru berusia 15 tahun, di dua lokasi berasingan pada Julai dan September tahun lalu.


Akibatnya, Mohammad Hafizuddin Maula Manan, 21, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas dua pertuduhan merogol kekasihnya itu yang masih di bawah umur.

Bagaimanapun, dia yang berasal dari Kampung Berangan Pak Ayu, Bukit Payong, Marang, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa dibacakan dihadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

Mengikut pertuduhan pertama, dia yang bekerja sebagai buruh itu mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol mangsa di Lorong 6, Pulau Kambing, di sini antara jam 11 hingga 12 malam, 23 Julai 2011.

Dia yang memakai baju T berwarna putih turut mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan kedua, yang mendakwa dia merogol mangsa di sebuah rumah di Kampung Bukit Bayas, di sini, kira-kira jam 12 malam, 12 September 2011.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Mohammad Hafizuddin berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Selepas pengakuan tidak bersalah Mohammad Hafizuddin direkodkan, Zainal Abidin menetapkan 17 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes nuntuk lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud @ Mamat.

0 yang mengomen:

Lantak Hangpa Sentiasa Popular

Terkini Online

  • KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menambah baik dan meningkatkan prestasi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara dalam usaha menempatkan nama Malaysia da...
  • [image: Kes Rogol Libatkan Mohd MENTOR 'Settle'?] Tidak lama dahulu industri hiburan tempatan pernah digemparkan dengan satu kes rogol yang membabitka...
  • KUALA LUMPUR : Police yesterday rubbished the claims over a photo of student activist Adam Adli being handcuffed, which has been circulating on the Interne...
  • - Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan menyebabkan kecederaan seorang bayi perempuan berusia tuj...
  • KUALA LUMPUR: Family members of Federal and state government top brass should be barred from bidding on government contracts, said the Malaysian Anti-Corru...
  • [image: alt] *Gambar Hiasan* KOTA BHARU 21 Mei - Seorang anak yang mengugut mencederakan bapanya dengan paip besi minggu lepas, akhirnya menerima pad...
  • KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pelaburan tambahan sebanyak AS$1.30 bilion dalam ekuiti, sukuk dan hartanah global pada suku pe...
  • KELANA JAYA, 21 Mei (Bernama) -- Bank Islam (M) Bhd, anak syarikat BIMB Holdings Bhd, menyasarkan 300,000 pemegang kad debit-i baharu dalam tempoh 12 bulan...
  • PUTRAJAYA: Penyelarasan struktur Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi akan diwujudkan dalam tempoh sebulan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muh...
  • KUALA LUMPUR (May 21): Twenty NGOs want deceased political aide K Murugan's phone records to be fully investigated by the...
  • BLACK designer outfits captivated the audience during a fashion parade at the Sunway Carnival Mall in Seberang Jaya.