Isnin, 30 Julai 2012

Susulan kematian Syaleza Jaffar, BB terakhir "Sabar duhai hati"

 "Sabar duhai hati", adalah status BlackBerry (BB) terakhir yang sempat dicatat seorang Eksekutif Pentadbiran sebuah stesen televisyen swasta, Syaleza Jaffar, 31, sebelum ditemui mati dalam bilik di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, dekat sini, kelmarin.
Kejadian disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat, lalu bertindak pecahkan pintu bilik selepas  panggilannya tidak terjawab.

Menurut sumber, pasangan itu bertengkar kira-kira jam 7 malam, menyebabkan mangsa merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.

“Suami mangsa menghubungi ambulans yang tiba jam 10.30 malam. Pemeriksaan lanjut mendapati dia telah meninggal dunia,” katanya.

Difahamkan jiran mangsa juga terdengar bunyi pertengkaran beberapa jam sebelum kejadian. Ia berkemungkinan berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan.

Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu.

Suami mangsa yang bekerja di syarikat petroleum di ibu kota, buat laporan dan memberi keterangan kepada polis.

Mayat Syaleza dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu.

"Peringkat awal kes diklasifikasikan mati mengejut, namun siasatan diteruskan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak,” katanya.

0 yang mengomen:

Lantak Hangpa Sentiasa Popular

Terkini Online

  • [image: alt] KUALA LUMPUR, 19 Mei - Malaysia mempamer aksi mengecewakan pada perlawanan pembukaan Kumpulan C Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2013 a...
  • DUNGUN: It took 23 firemen and three fire engines including one from Marang to contain a forest blaze here in Kuala Abang at 2am today.
  • SUNGAI PETANI - Seorang bapa hari ini merayu agar anak gadisnya yang menghilangkan diri sejak dua bulan lalu, kembali ke pangkuan keluarga.
  • - Seorang bapa hari ini merayu agar anak gadisnya yang menghilangkan diri sejak dua bulan lalu, kembali ke pangkuan keluarga.
  • KUALA LUMPUR: Four people were killed after their car, heading towards Ulu Klang on the Middle Ring Road 2, was rammed by a car careering down Bukit Antara...
  • Sebuah tanaman rupanya juga boleh muncul sangat menggoda kerana keseksiannya. Ini kerana tanaman ini memiliki bentuk unik berupa bibir merah merona yan...
  • KOTA BHARU: Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi dijangka dapat memenuhi sasaran menempatkan sekurang-kurangnya tiga guru program pendidikan Jawi, al...
  • Kuala Lumpur: Prosiding Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah (RCI) akan disambung semula selama lapan hari bermula esok.
  • MARK your calendar this June 16 as the Ipoh International Starwalk is back. The walk, organised for the 10th year, will see Nestle and Total Image as spons...
  • SUBANG, 17 Mei (Bernama) -- Syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System (MAS) menyokong penuh inisiatif anak syarikatnya, Maskargo Sdn Bhd, melak...
  • KUCHING (May 17): Newly-appointed Human Resources Minister Datuk Richard Riot Jaem said today his portfolio was going to be very...