Selasa, 18 September 2012

Alah setakat BENDERA TERBAKAQ!!! Tak matinya PERJUANGAN

  
Bukan sekali! Malah lima kali, bendera Barisan Nasional (BN) yang dipacakkan di tepi jambatan Kampung Beris Jambu, Chekok di Pengkalan Chepa, di sini dirosakkan, malah dalam kejadian terbaru, kelmarin, sebanyak 135 bendera terbabit turut dibakar.




Perbuatan itu disyaki, dilakukan pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pimpinan kawasan berkenaan, mengalami kerugian hampir RM5,000 akibat kejadian itu.

Penyelaras Dun Chempaka, Zarina Md Eusope berkata, perbuatan terbabit menunjukkan pelakunya, tidak mempunyai etika dan takut pada bayang-bayang parti sehingga sanggup merosakkan bendera pihak lawan.

“Sepatutnya, golongan terbabit berfikir sebelum melakukan perbuatan itu kerana ia menunjukkan sikap yang kurang matang dan bertindak mengikut perasaan.

“Masing-masing bebas memilih parti yang mereka percaya boleh menerajui kerajaan, tindakan terbabit tidak langsung menunjukkan budaya kita sebagai seorang yang beragama Islam,” katanya

Dalam pada itu, menurut Pentadbir Mukim Dun Chempaka, Wan Razman Wan Abdul Razak berkata, perkara terbabit berlarutan sejak Mac lalu dan paling teruk kelmarin, kejadian itu mengundang kesediaan dan kemarahan kami, memandangkan pihak terbabit sewenang-wenangnya membakar bendera BN yang kami pacakkan di kawasan itu.

“Kami amat memandang serius mengenai kejadian ini, sepatutnya perkara terbabit tidak berlaku memandangkan kita semua sudah 55 tahun merdeka.

“Seharusnya kita mempunyai sikap yang lebih matang dalam apa jua keadaan dan tidak bertindak mengikut perasaan sendiri,” katanya.

Sementara itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) Chekok Zainal Abidin Ibrahim, setakat ini pihak terbabit sudah menyerahkan perkara itu kepada polis.

“Seharusnya perkara seumpama ini tidak berlaku di negeri ini memandangkan kita merupakan sebuah negeri di bawah pentadbiran golongan Islam dan diharapkan kejadian seumpama ini tidak berulang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi berkata, sehingga semalam pihak polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.

0 yang mengomen:

Lantak Hangpa Sentiasa Popular

Terkini Online

  • PEMENANG pingat emas Olimpik 1996, Poul-Erik Hoyer Larsen dari Denmark dilantik sebagai Presiden baharu Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas memperole...
  • GEORGE TOWN: The state government's Thanksgiving rally drew a large crowd of Pakatan Rakyat supporters at the Esplanade, Padang Kota lama here on Saturday....
  • [image: alt] KUALA LUMPUR 18 Mei - Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia akibat menjadi mangsa penderaan suami. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asi...
  • - Ketua Pemuda Umno bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad yang tidak sedarkan diri sejak tiga hari lalu disahkan meninggal dunia semalam.
  • SAN FRANCISCO/SEATTLE - Microsoft Corp is set to make a splash this week with the eagerly awaited unveiling of its new Xbox game console, eight years after...
  • | Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang terkandung ribuan bahan bacaan, malah mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk mengunjunginya. Namun timbul p...
  • KUALA LUMPUR: Jalan Pahang menghala ke Setapak di sini hari ini mengalami kesesakan teruk hampir lima jam apabila sebuah lori membawa pasir tidak mengikat ...
  • MARK your calendar this June 16 as the Ipoh International Starwalk is back. The walk, organised for the 10th year, will see Nestle and Total Image as spons...
  • Johor Bahru: Buntu selepas tiada saksi tampil bagi membantu polis menyiasat kes bapanya dibelasah tiga samseng, seorang lelaki menawarkan ganjaran RM5,000 ...
  • SUBANG, 17 Mei (Bernama) -- Syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System (MAS) menyokong penuh inisiatif anak syarikatnya, Maskargo Sdn Bhd, melak...
  • KUCHING (May 17): Newly-appointed Human Resources Minister Datuk Richard Riot Jaem said today his portfolio was going to be very...