Sabtu, 29 Disember 2012

Himpunan Shamsidar - Nalla

Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan mengecam rancangan pakatan pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan bagi memastikan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin tidak menjadi saksi di mahkamah.

Nallakaruppan mendakwa, rancangan mengenai ‘Himpunan Shamsidar’ itu dijadual berlangsung pada 12 Januari depan iaitu beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan aktiviti biseksual.

“Mereka hendak mengadakan demonstrasi jalanan bagi mengelirukan proses undang-undang yang berlangsung di mahkamah. Kenapa tidak mahu Shamsidar menjadi saksi?

“Saya kira semua rakyat akan berpeluang mendengar pendedahan yang bakal berlaku apabila Shamsidar naik ke kandang saksi untuk memberi keterangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. pada 26 Mac lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Semalam, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan serta Utusan Melayu dalam kes saman tersebut dikekalkan.

Nallakaruppan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang termasuk Shamsidar bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.

Jelas Nallakaruppan, kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar melibatkan kepentingan awam dan Shamsidar perlu tampil menjadi saksi bagi membuktikan kebenaran di mahkamah.

“Anwar adalah seorang pemimpin politik yang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri, sudah tentu ia melibatkan kepentingan awam. Saya berharap isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga dapat hadir ke mahkamah untuk mendengar semuanya," katanya.



0 yang mengomen:

Lantak Hangpa Sentiasa Popular

Terkini Online

  • MIRI -- Sarawak Barisan Nasional (BN) has rejected the main reason behind it losses in urban areas in the recent 13th general election due dwindling suppor...
  • LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson memberitahu, bintang Paris St. Germain (PSG), David Beckham merupakan seorang pemain luar biasa.
  • GEORGE TOWN: The state government's Thanksgiving rally drew a large crowd of Pakatan Rakyat supporters at the Esplanade, Padang Kota lama here on Saturday....
  • [image: alt] KUALA LUMPUR 18 Mei - Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia akibat menjadi mangsa penderaan suami. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asi...
  • - Ketua Pemuda Umno bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad yang tidak sedarkan diri sejak tiga hari lalu disahkan meninggal dunia semalam.
  • | Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang terkandung ribuan bahan bacaan, malah mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk mengunjunginya. Namun timbul p...
  • KUALA LUMPUR: Jalan Pahang menghala ke Setapak di sini hari ini mengalami kesesakan teruk hampir lima jam apabila sebuah lori membawa pasir tidak mengikat ...
  • MARK your calendar this June 16 as the Ipoh International Starwalk is back. The walk, organised for the 10th year, will see Nestle and Total Image as spons...
  • Johor Bahru: Buntu selepas tiada saksi tampil bagi membantu polis menyiasat kes bapanya dibelasah tiga samseng, seorang lelaki menawarkan ganjaran RM5,000 ...
  • SUBANG, 17 Mei (Bernama) -- Syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System (MAS) menyokong penuh inisiatif anak syarikatnya, Maskargo Sdn Bhd, melak...
  • KUCHING (May 17): Newly-appointed Human Resources Minister Datuk Richard Riot Jaem said today his portfolio was going to be very...